IMPORTANT NEWS ! ! ^O^

Hey there ! Follow my IGShop @jesterwardrobe ya \^O^/
Instagram

Friday 1 August 2014

Hilang Kata-Kata

Aku cuba jadi seorang yang baik .
Anak yang baik .
Cucu yang baik .
Kakak yang baik .
Anak buah yang baik .

Aku cuba faham situasi orang .
Aku letak diri aku sebagai kedua dan orang lain sebagai pertama .

Aku pernah tunggu dia balik satu masa dulu .
Satu masa yang aku sangat mentah untuk hidup sendiri .
Satu masa yang aku perlu belajar apa itu ketabhan .
Satu masa yang aku perlukan kasih sayang dia .

Tapi dia tak pernah balik .
Tapi dia tak nak angkat call aku .
Tapi dia tak nak cakap dengan aku .

Aku sedar aku dah tak diperlukan waktu tu .
Aku cuba jadi kuat .
Aku cuba jadi tabah .
Aku cuba letakkan diri aku hanya seorang diri diatas sebidang anah luas dimana aku perlu hidup sendir .
Aku belajar menabung sebab aku perlukan duit .
Aku belajar tebalkan muka minta kerja sana sini .
Aku belajar tebalkan muka menjawab soalan orang dewasa perihal dia .
Aku belajar hidup sebagai sebatang kara .

Setiap hari aku doa minta pada Allah kuatkan hati aku .
Setiap hari aku doa minta pada Allah kalau ditakdirkan aku tidak akan jumpa dia hingga kiamat menjelang , Aku redha .
Allah perkenankan doa aku .
Allah beri aku ketabahan .
Allah beri aku kesabaran .
Allah beri aku kekuatan .

Tapi kini dia balik . .
Aku kehilangan .
Kehilangan perasaan sepatutnya ada dalam hati ini .

Allah tunjuk pada aku sesuatu .
Saat hambaNya redha akan ketentuanNya saat itu hilanglah segala kesedihan , kesakitan , keperitan namun persoalannya , Derhakakah aku ? Allahu !
I'm Outta Control! Always as Jester940627 :)

Saturday 24 May 2014

BRACES : Day-1 Consult

Assalammualaikum ! :D Anyyeong ~ \^O^/

Dah berapa zaman aku tak update blog ni ? Haha ! Kalau blog ni rumah confirm dah banyak penunggu buat macam rumah sendiri LOL

Bukan sengaja menyepikan diri cuma kadang-kadang sibuk tak ada masa nak update entry baru and the most sebab tak boleh blah ialah lappy aku rosak -.-" Kalau iman aku lemah dah lama aku baling dekat tangki air sebelah rumah aku ni -.-"

OKAY ! / breath in breath out / Tak nak marah-marah HAHAHA

Entry kali ni aku nak borak sikit pasal pengalaman baru aku HEHE Tapi ada kemungkinan besar entry ni panjang jadi kalau agak-agak baca entry aku yang macam sakai ni jadi sila berhenti sampai sini HAHAHA Yang kuat iman baca sampai habis THANKS XOXO :D

AKU , BRACES DAN DENTIST / eh ? /

Aku mula nak pakai braces ni sejak aku Form 1 sebab tengok orang pakai macam seronok je walaupun aku pelik bila first time tengok orang pakai braces live selalu dalam tv je HAHA / sakai / Tapi aku tak buat sebab kos dia mahal gila tahap ASDFGHJKL lepas tu dulu aku dengar orang kata dosa tapi lepas puas tanya Ustazah , Google bagai akhirnya dapat jawapan kalau tak dosa pun :) Tapi duit tak ada tak boleh juga T.T / sobs sobs /

Tahun ni umur aku 20 tahun so korang kiralah berapa ahun aku simpan cita-cita paki braces sejak umur 13 tahun HAHA

Akhirnya bulan lepas aku nekad dan tekad nak pakai juga since aku dapat sikit rezeki lebih HEHE Alhamdulillah :) So , aku dengan gigih dan semangat tahap ASDFGHJKL search Google baca pengalaman orang pakai braces ni . Memang best baca sampai aku rasa nak jumpa dentist time tu juga HAHA Tapi puaslah juga survey Klinik sana sini since Kerajaan limit smpai 17 tahun je . Tapi aku memang nak buat dekat swasta sebab aku fobia tahap ASDFGHJKL dengan dentist and nurse kerajaan ni -.-" Kalau aku cerita makin panjang jadi better aku stop je pasal ni HAHA


Okay dah survey sana sini yang dekat dengan aku then aku jumpalah few tempat . Kalau korang nak tahu tak semua Klinik Gigi ada buat servis braces . Yang tertentu je . Okay aku pilih braces jenis traditional , jenis warna warni tu . Braces jenis ni kos yang paling murah . Kebanyakan Klinik aku survey harga standard RM 5k - RM 6k dan deposit RM 1500 + .

Dipendekkan cerita masa online Facebook aku terjumpa satu page DSR SMILE SUBANG  BESTARI . Dah puas stalk page tu aku PM untuk tanya itu ini HEHE Dah puas borak semua lepas tu dah difikir masak-masak mana aku  nak buat then aku decide nak buat dekat sini .

SEBAB ?

Murah ! HAHA
Jenis braces aku pilih : Traditional
Deposit braces SAHAJA : RM 500  ( harga promosi . kalau korang nak buat baik cepat ! )
Kos braces SAHAJA : RM 5 500
Bulanan ( selepas pasang ) : RM 250

Bayaran lain sebelum pasang braces :
Consult : FREE
Scalling : RM 50
X-ray atas + bawah kalau tak silap ) : RM 100 + RM 100 ( kalau tak silap )
Acuan gigi : TAK INGAT
Extraction ( jumlah bergantung pada individu dan harga kira setiap satu batang dicabut ) : RM 60 
* tapi better tanya balik sebab aku macam lupa -.-" HAHA )

Then dah boleh pasang braces :)
• Masa pasang bawa deposit .
• Setiap bulan ada 1 appoinment .
• Setiap kali appoinment bawa duit ansuran .

Aku punya rekod HEHE :

1st appoinment :-
Tarikh : 24 Mei 2014
Appoinment : Consult + Scalling + Buat acuan gigi + X-ray + Extraction 1 gigi ( total 3 batang )
Kos : RM 370

Next appoinment 28 Mei 2014 nak cabut gigi . Nanti aku fikir dulu nak cabut sekali dua ke tak HAHA Biar cepat sikit pasang braces :D

SEBAB AKU PAKAI BRACES
• Gigi berlapis atas 1 , bawah 2 atau kata lain aku ada taring yang tersalah kawasan tumbuh HAHA
• Bila aku gosok gigi gusi aku bahagian gigi berlapis atas akan berdaah sikit .
• Gosok gigi berejam pun macam tak bersih -.-"
• Confident level yang terlalu rendah ke bawah T.T / sobs sobs / Sebab tu aku jarang senyum tayang gigi HAHA

Alhamdulillah gigi sebatang cabut tadi sakit sikit je . Tapi jangan tetiba sakit dahlah T.T Servis sana memang best ! Tak pernah aku suka dentist tapi hari ni terjatuh suka HAHA Super nice ! Cakap lembut je tak ada bengis macam dentist and nurse kerajaan ( sorry ! ) Masa nak cabut ada 2 dentist cabut HAHA padahal satu gigi je :D Dorang cabut pun lembut je siap bagi tips lagi supaya takut . Weh ! Gigi aku cabut tadi akar dia bapak panjang ! Terkejut tengok ! Macam fosil gigi dinasour LMAO

Panjang tak entry ? HAHAvidu ) :




Then dah boleh pasang braces :) Masa nak pasang bawa deposit . Setiap bulan akan ada satu appoinment .


I'm Outta Control! Always as Jester940627 :)